Pages

Wednesday, 31 December 2014

Dinar emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.
Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke BukharaDelhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.
Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.
Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari barat pada 1924.





Dalam Al Quran dan Hadis.



Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)
"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)


Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)


Kebaikan


  • Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
  • Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
  • Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  • Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
  • Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
  • Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
  • Semua bentuk aset kertas, contohnya bonsaham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
  • Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
  • Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
  • Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
  • Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
  • Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
  • Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.


Perbandingan

Dolar Amerika diterima di kebanyakan negara terutama di negara-negara sedang membangunan tetapi harga pasarannya tidak menentu dan berubah-ubah dengan cepat. Ada dakwaan mengatakan mata wang ini dicetak dengan jumlah yang banyak di luar negara Amerika tetapi tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara Amerika sendiri.
Euro Dolar telah dilaksanakan di 21 buah negara ahli Kesatuan Eropah dan setakat ini menampakkan kejayaan untuk menstabilkan harganya.

Penggunaan

  • Pada 2003 Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan wang emas yang dikilang oleh The Royal Mint.
  • 20 September 2006 Kerajaan Negeri Kelantan telah menjual kepingan-kepingan dinar yang dibuat daripada emas tulen 22 karat (4.25 gram).
  • Di Tanah Melayu, kerajaan Kelantan pernah membayar ufti kepada Siam di Ligor. Ufti ini dalam bentuk bunga-bunga yang diukir daripada emas.
  • Kerajaan Melayu Melaka juga dikatakan pernah membayar ufti kepada Siam dan China. Ufti ini dalam bentuk pokok bunga daripada emas.

Kekangan

  • Perjanjian perdagangan antarabangsa menghalang penggunaan emas dan perak sebagai mata wang.
  • Kekurangan kemahiran teknikal untuk mementukan nilai emas. Nilai emas juga turun dan naik mengikut harga pasaran semasa. Ada emas palsu dan emas celup yang terdedah kepada unsur-unsur penipuan.
  • Dinar emas mampu menyaingi sistem monetari konvensional.
  • Kononnya dinar emas berat berbanding syiling semasa. Jika jumlah yang banyak, ia mudah terdedah kepada rompakan, dileburkan dan tidak dapat dikesan lagi.
  • Jumlah kepingan dinar emas di dalam pasaran tidak dapat dipastikan kerana banyak bengkel boleh mencairkannya untuk dijadikan barang perhiasan.
  • Dinar emas tidak dapat dibawa keluar negara dan nilainya sukar ditentukan kerana tidak menjadi satu kelaziman di peringkat antarabangsa, jika dibandingkan dengan dolar Amerika.
  • Perkembangan semasa menunjukkan wang kertas dan wang syiling telah diganti dengan cek dan kad kredit dan lain-lain 'wang maya'.

Cadangan

Dinar emas boleh dimulakan oleh masyarakat di Malaysia dengan beberapa cara permulaan iaitu :
  1. simpanan harta dalam bentuk dinar emas
  2. mas kahwin
  3. membayar zakat
  4. pemberian hadiah
  5. sedekah kepada fakir miskin dan anak yatim
  6. harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu
  7. upah kepada perkhidmatan
  8. sumbangan tertentu







Jenis-jenis emas dan ketulennya.

jenis-jenis emas dan ketulennya.

Emas 24K : 

Ini adalah emas yang paling tulen dengan ketulenan 999.9%. Warnanya kuning terang, sangat lembut dan yang paling mahal harganya. Ia tidak megandungi campuran logam lain. Oleh kerana ia adalah logam yang sangat lembut, jadi agak jarang sekali emas 24K ini digunakan untuk membuatbarang kemas. Kalau nak beli biasanya org akan beli dalam bentuk bar atau jongkong.

Emas 22K :

ni adalah emas 24K yang telah dicampurkan dengan 8.4% logam lain seperti aloi, perak atau tembaga. Inilah yang menjadikannya Emas 9.16 (22K). Emas ini biasanya digunakan untuk membuat barang kemas perhiasan di Malaysia. Angka 22 tu bermaksud 22 bahagian emas di tambah 2 bahagian logam lain ( menjadikannya 24 bahagian).

Emas 18K :

Bermaksud daripada 24 bahagian, 18 bahagian adalah emas dan 6 bahagian adalah logam lain menjadikannya ketulenannya 75%. Emas ini lebih keras tapi lebih senang dibentuk dan Warnanya masih lagi kekuningan. Masyarkat Eropah lebih menyukai emas ini kerana ia kelihatan lebih mewah dan kukuh apabila digabungkan dengan batu permata atau berlian.

Emas 14K :

Emas ini mengandungi 58% ketulenan sahaja ( 14 bahagian emas + 10 bahagian logam lain). Ia tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Sama juga seperti emas 18K, ia kelihatan lebih cantik apabila digabung dgn batu permata. Emas ini disukai oleh orang Amerika.

Emas 10K :

Ini adalah emas yang paling rendah ketulenannya kerana hanya mengandungi 10 bahagian emas daripada 24. Tetapi ia masih lagi boleh dipanggil emas. Amerika telah meletakkan yang emas 10K ini adalah emas yang paling rendah campuran emasnya yang masih boleh dipanggil emas. Maknanya, kalau emas tu ada 9 bahagian emas saja daripada 24 bahagian, ia dah tak boleh dipanggil emas.








tips pajak emas di AR RAHNU – Satu Emas, Satu Surat Pajak

tips pajak emas di AR RAHNU – Satu Emas, Satu Surat Pajak

Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus.




Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya seolah-olah anda membuka 10 akaun bank.

walaubagaimana pun anda boleh bertanya dahulu di pajak gadai tersebut bagaimana polisi terbaru mereka. Ada pajak gadai yang membolehkan kita menebus salah satu barang emas dahulu walaupun dalam satu surat seperti di Arrahnu Yapeim. 







SEJARAH EMAS DI RAUB PAHANG

SEJARAH EMAS DI RAUB PAHANG

Bercerita tentang daerah Raub, Pahang, amat sukar untuk memisahkan ia dengan emas kerana ia saling berkait rapat. Ada pendapat mengatakan, daerah itu wujud kerana emas, malah nama Raub itu datang daripada perbuatan meraup emas.

Namun ada juga mengatakan nama Raub itu terbit daripada suku kata sebuah masyarakat di Indonesia, suku Rawa atau Rao yang berhijrah ke daerah itu. Terdapat banyak versi mengenai sejarah Raub termasuklah mengatakan ia dibuka oleh British.

Tetapi, walau apapun cerita, pokok pangkalnya tidak akan lari daripada emas kerana hasil bumi itulah yang membangunkan bandar Raub sehingga ke hari ini.

Menurut Ahmad Sabri Zainal Abidin, 75, kisah daerah Raub dengan emasnya telah bermula sejak tahun 1700an lagi.




“Kisah mengatakan nama Raub datang daripada perbuatan meraup emas dikaitkan dengan peristiwa membabitkan Raja Impeh Raja Abdullah dan abangnya Raja Ismail Raja Abdullah datang dari Selangor dan terjumpa emas sewaktu meraup pasir di persisir sungai. Versi lagi satu pula ialah kedatangan masyarakat Rao atau Rawa yang datang dari Padang, Sumatera Barat di Indonesia,” katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Ahmad Sabri berkata, sebahagian besar masyarakat Rawa itu lari dari tempat asalnya berikutan konflik budaya. Di Tanah Melayu mereka berdagang dan melombong.




“Tetapi, mereka tidak terus ke Raub sebaliknya menetap di Selangor, Negeri Sembilan Perak dan Kedah. Sambil itu, mereka menjalankan aktiviti-aktiviti perdagangan termasuklah melombong bijih timah.

“Kemudian terdapat sebilangannya meneruskan perjalanan ke kawasan lebih dalam lalu menemui daerah ini dan teraup pasir yang mempunyai emas. Justeru, mereka mengajak kaum keluarga dan membuka penempatan di sini.

“Pada waktu itu, tumpuan adalah di Tras yang dahulu dikenali sebagai Teras kerana di sana terdapat sebatang sungai yang mempunyai emas yang banyak,” ujarnya.

Ahmad Sabri berkata, pada masa itu teknik perlombongan menggunakan kaedah tradisional sehingga kedatangan British yang membawa teknologi baharu.

“Dulu mereka menggunakan dulang kayu. Dikaut pasir di gigi air, kemudian diayak dan dipusing-pusingkan dulang tersebut untuk mengasingkan emas. Itulah yang dipanggil cara kampung” katanya.
Jelasnya lagi, sebelum wujud syarikat Raub Syndicate dan Raub Australian Gold Mining (RAGM) di Bukit Koman, terdapat ramai orang mendulang emas di tepi sungai.

“Sekitar tahun 1948, sewaktu dalam perjalanan ke rumah dari sekolah, saya nampak ramai orang melombong emas di Sungai Gali, tetapi banyak dilakukan oleh etnik Tiong Hua,” ujarnya.
Bekas Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabbar Raub itu menambah, banyak nama-nama tempat di daerah ini berkaitan dengan individu yang terbabit dalam perlombongan.

“Bukit Koman itu dinamakan sempena nama Tengku Othman yang datang melombong di sini. Dia datang bersama kerabatnya seperti Tengku Puji, Tengku Abd Samad dan Tengku Kudin. Jadi, nama oman itu diambil dari singkatan Tengku Othman iaitu Ku Man.
“Dahulu ada tiga tapak pombongan emas utama. Selain Bukit Koman, dua lagi kawasan perlombongan ialah kawasan yang kini menjadi padang golf iaitu di hadapan Hospital Raub dan Bukit Melaka.

“Di situ dahulu terdapat mesin yang dipanggil shaft bertujuan membawa pekerja ke dalam lombong.

“Menurut pekerja-pekerja lombong, terowong-terowong tersebut amat panjang, anggarannya boleh dikatakan meliputi seluruh bandar Raub. Sebab itu tidak banyak bangunan-bangunan tinggi di sini,” katanya.

Beliau menambah pernah wujud sebatang jalan yang berfungsi sebagai landasan untuk kapal terbang kecil seperti Twin Otter di Bukit Koman.

“Selepas emas diproses, hasil bumi tersebut akan dihantar ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang kecil yang berlepas dari landasan tersebut sebelum dihantar ke Australia.

“Pada waktu itu, kawasan perlombongan Bukit Koman dikawal rapi oleh satu kompeni tentera, tetapi ia tiada kaitan dengan kem askar yang ada sekarang sebab kem tersebut dahulu digunakan oleh polis.

“Disebabkan lombong emas, banyak pembangunan telah dibuat oleh kerajaan. Besar pengaruh emas ini sebenarnya,” ujarnya.









Apakah MKS?

Apakah MKS?

MKS merujuk kepada syarikat MKS Precious Metal Sdn Bhd di mana harga jualan dan belian emas yang ditawarkan oleh syarikat tersebut menjadi rujukan kepada semua peniaga emas di Malaysia.Inilah harga semasa emas atau dikenali juga sebagai "spot price"

Terdapat 2 harga yang ditawarkan:

1. We Buy: Harga yang ditawarkan sekiranya ANDA INGIN MENJUAL emas anda kepada pihak MKS

2. We Sell: Harga yang ditawarkan sekiranya ANDA INGIN MEMBELI emas dari pihak MKS

Perhatikan terdapat perbezaan antara harga "we buy" dan harga "we sell" dan ini dipanggil "spread" atau julat. Perbezaan harga ini adalah perkara biasa. Harga akan dikemaskini setiap 5 saat!

Harga yang menjadi tumpuan adalah: "Physical Gold RM Kilo 999'9". Harga adalah untuk 1 kilo, sila bahagikan harga tersebut dengan 10 untuk mendapatkan harga 100gm atau dengan 100 untuk harga 1gm.

Sila layari laman web http://www.mks.ch/mobile/myr/v1/ untuk info harga terkini









Simbol Au di pamp suisse anda ?

Au

Rasanya ramai kawan-kawan  yang dah pun memiliki pamp masing - masing  kan? Kat sijil tu ada perkataan "Au". Apakah Au?

Emas adalah elemen kimia yang mempunyai simbol Au, diambil dari perkataan greek "aurum" yang bermaksud emas

So Au=Emas










tips untuk memaksimumkan keuntungan daripada Barang Kemas

Berikut adalah tips untuk memaksimumkan keuntungan daripada Barang Kemas :

Beli barang kemas pada harga yang murah, survey dulu harga dibeberapa kedai untuk mendapatkan barang kemas pada harga termurah.

Pastikan anda membeli barang kemas yang kos upah (workmanship) nya terendah, sila buat survey kos upah di beberapa buah kedai sebelum membeli.




Dinasihatkan beli barang kemas berketulenan 24 K (999) atau yang paling rendah 22 K (916) bagi memaksimunkan nilai pinjaman apabila di pajak nanti.

Beli design jenis padu dan tebal, elakkan beli yang design berchrome, berloceng , ada batu permata , jenis hollow kerana ianya akan mengurangkan timbangan dan kemungkinan emas anda di downgrade di arrahnu.

Beli barang kemas daripada kedai emas atau syarikat pengeluar yang membeli kembali barang kemas anda pada harga yang tinggi, (spread yang rendah).

Kalau nak best lagi, beli sahaja barang kemas terpakai yang biasa nya lebih murah, arrahnu tidak menilai berapa harga barang kemas anda semasa di beli , baru atau terpakai, yang dinilai oleh arrahnu adalah ketulenan dan berat barang kemas tersebut.









Bila waktu sesuai membeli emas ?

Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli. Orang selalu cakap emas mahal, tak mampu nak beli.Ya, memang betul emas mahal, hampir setiap tahun orang kata emas mahal, jadi masa bila emas murah?

Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal, RM38/gram pun orang kata mahal, RM90/gram pun orang kata mahal, sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal.

Jawapannya, tahun demi tahun harga emas makin mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas. Apa tidaknya, dulu beli emas masa RM140/gram, sekarang dah RM200/gram, ini baru simpan sahaja dah untung, kalau yang meniaga macam mana, lagi untung..









Tips emas : Kenapa perlu simpan emas sekecil 1gm.

Tips emas : Kenapa perlu simpan emas sekecil 1gm

Mesti anda fikir nak buat apa emas yang kecil-kecil untuk simpanan. Ramai antara kita yang anggap “emas yang besar tu baru nampak best kalau simpan”. Tidak dinafikan pendapat tu betul. Tapi anda juga perlu tahu kenapa kita juga perlu simpan dengan berat yang kecil seperti ini (dalam gambar di bawah tu)

1. Mulakan dengan yang kecil

Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih dan saiz yang lebih besar. Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas seperti begitu berat dan besar sekali gus. Mesti nak kena kumpul duit dulu. Jadi, sekarang kita tak perlu tertunggu-tunggu lagi untuk membelinya. Pendapatan tetap yang kita dapat setiap bulan tu bolehla kita tukarkan dengan emas serta merta, bukankah begitu tuan-tuan & puan-puan?

2. Dapatkan sementara harga rendah

Kebetulan sekarang musim harga emas menurun, rugilah kita kalau nak tunggu-tunggu lagi duit simpanan jadi banyak baru nak beli. Sebab kita akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram emas . Senang cerita, cukuplah sekadar memiliki emas dengan berat yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli emas yang lebih berat dan besar.

3. Manfaat 1gm berbanding 20gm

Kekadang kita mungkin akan menghadapi krisis kewangan dan betul-betul memerlukan wang, jadi terpaksalah kita menjual emas-emas simpanan kita itu. Cuba anda fikir, jika kita hanya perlukan wang dalam RM500 je, takkan nak jual emas yang beratnya 20gram? Pastinya anda rugi. Daripada jual yang berat dan besar tu baik jual yang kecil-kecil dan itulah masanya yang sesuai memanfaatkannya. Jadi kita selamatlah dari pada mengorbankan emas kita yang berat-berat tu,

4. Mendidik istiqamah menyimpan

Kita boleh istiqamah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil. Sebab kita tidak perlu modal yang banyak. Simpan sikit-sikit,lama-lama jadi membukit juga kan.

Sumber artikel dari JutawanGold.com











Bagaimana simpanan EMAS dan ARRAHNU boleh membantu.

Si Halim telah membuat perancangan untuk membuat tambahan kabinet dapur di rumah beliau. Kos harga untuk penambahan kabinet ialah sebanyak RM 7000 sahaja. 





contoh : 

Dengan menggunakan emas 999 sebanyak 100gm, beliau telah memajak untuk membayar kos keseluruhan pengubahsuaian tersebut. Jadi halim telah mendapat pinjaman sebanyak RM 8250 beserta upah simpan sebanyak RM495.

Untuk itu, Halim telah menggunakan duit tersebut dan membuat pembayaran secara ansuran sebanyak RM 700 sebulan.

Setelah selepas 6 bulan,Halim tidak berjaya untuk menebus emas tersebut, lalu beliau telah memanjangkan tempoh pinjaman selama 3 bulan selepas membayar upah simpan untuk 6 bulan lepas.

Selepas dari itu, Halim juga gagal untuk menebus emas tersebut dan memanjangkan tempoh untuk 2 bulan lg dengan membayar upah simpan untuk 3 bulan pula.

Akhirnya,Halim berjaya menebus kembali emas tersebut dan kawasan dapur rumah beserta kabinet baru beliau kelihatan cantik.

Sebagai teladan dari kisah tersebut kita dapat menilai bahawa :

1. Emas boleh dipajak untuk mendapat wang segera melalui pinjaman Ar-Rahnu.
2. Emas boleh membuat kredit dengan sesiapa sahaja untuk pembelian atau perkhidmatan.
3. Dengan emas tersebut, nilai pinjaman kita akan bertambah tinggi jika di buat dari tahun ke tahun di sebabkan kenaikan harga tersebut.
4. Jika gagal membayar pinjaman, anda tiada 'blacklist'.








Antara kelebihan Ar Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvesional ialah:

Apa yang bestnya AR RAHNU

Antara kelebihan Ar Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvesional ialah:

1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba) 




Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan PKonvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.

2. Nilai Gadaian Tidak Merosot

Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.


3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan

Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.


4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat

Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.


5. Caj Perkhidmatan Yang Rendah

Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.


6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.

Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.


7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah

Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.


8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan

Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.


9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya

Perkara ini sering berlakudalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang di gadai oleh penggadai.









SYILING KIJANG EMAS BANK NEGARA MALAYSIA

Gelosori
Syiling Bulion Emas Kijang ini adalah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan ditempa di Kilang Wang Bank Negara Malaysia Royal Mint Malaysia di Shah Alam Selangor . Koleksi ini dikeluarkan dalam keluaran syiling Emas Tulin dalam 3 Facevalue iaitu Nilai Nominal 50 Ringgit , 100 Ringgit dan 200 Ringgit . Syiling Bulion Emas Kijang ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2000-2003 .

Mintage / Limited Edition
Kuantiti Mintage untuk syiling Emas Kijang ini tidak dapat diketahui tetapi ianya amat terhad dan merupakan Limited Edition untuk Koleksi Syiling Bulion Emas Kijang . Kejarangan atau Rarity untuk koleksi Syiling Kijang Emas Bank Negara Malaysia ini adalah Very Rare RR

Rekabentuk
Rekabentuk Syiling Emas ini amat unik sekali mengekalkan dimukadepan gambar Kijang sebenar berekor pendek melompat di bawah pohon sebagai Kijang Emas dengan tertera Bank Negara Malaysia dengan cacatan berat dan tahun dikeluarkan .

Dimukabelakang pula pilihan kuntum Bunga Raya masih dikekal melambangi bunga kebangsaan Malaysia dengan tertera In Jawi Bank Negara Malaysia dan tertera nilai nominal syiling Emas ini dalam Ringgit .Sementara siri Syiling kijang Emas ini ditempa dengan Milled Edge .

Edaran
Syiling Kijang Emas ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan ditempa oleh Kilang Wang Malaysia Royal Mint Malaysia di Shah Alam Selangor . Edaran Syiling Kijang Emas ini telah mendapat kerjasama Bank Bumiputera Comercial dan Maybank Berhad .

Bagi memudahkan kolektor membeli dan menjual koleksi Syiling Kijang Emas boleh berurusan di kedua-dua Bank yang dinyatakan tadi . Bagi kolektor yang berminat menjadikan Syiling Kijang Emas ini sebagai koleksi peribadi bolehlah ke Bank Maybank yang berhampiran untuk mendapatkan koleksi ini .

Harga kebiasaan yang ditawarkan oleh Bank adalah berasaskan harga Pasaran Emas semasa . Bagi kolektor yang ingin menjual Syiling Kijang Emas ini juga boleh menjualnya di mana-mana Bank Maybank yang berhampiran dengan kadar harga mengikut harga Pasaran Emas semasa .





Pembukusan

Bagi Syiling Kijang Emas Bank Negara Malaysia ini Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 3 Edisi mengikut Nilai Nominal dan berat emas yang telah ditetapkan :-

Edisi 1/4 oz berat 8.80gram Emas Tulin 0.999 Poket envelope warna Unggu
Edisi 1/2 oz berat 15.55gram Emas Tulin 0.999 Poket envelope warna Choklat
Edisi 1 oz berat 31.105gram Emas Tulin 0.999 Poket envelope warna Biru hijau

Anggaran Nilaian Harga
Syiling Kijang Emas ini adalah syiling Emas 0.999 . Anggara Nilai Harga untuk Syiling Kijang Emas ini adalah mengikut Nilai semasa pasaran Emas dan tambahan 45% nilai Numismatik .

Penutup
Memang darisegi keunikan Syiling kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malayasia ini adalah amat rare . Bentuk dan gahnya Syiling Kijang Emas BNM ini membuatkan semua kolektor akan berusaha untuk memilikinya .

Memiliki koleksi Syiling Kijang Emas BNM ini umpama meraih sebutir emas permata Bank Negara Malaysia yang tidak ada tolok bandingnya bagi pengemar Numismatik .

Apa tidaknya untuk memiliki kesemua koleksi 1/4oz ,1/2oz dan 1oz kita perlu menyedia peruntukan sebanyak RM14,000.00 untuk melengkapkan koleksi Syiling Kijang Emas Bank Negara Malaysia ini .

sumber:
http://sharuddin58.blogspot.com/








Tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu

Tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa. Yup, antara tips ringkas terbaik untuk mengelakkan diri daripada tertipu. Penting buat semua untuk baca sehingga habis.






1.Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu.


2.Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.



3.Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.



4.Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)



5.Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.



6.Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.



7.Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.



8.Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif.



9.Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la) sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi)



10.Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.
Kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.



11.Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)



12.Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen. Memang ada aura.






Sumber gambar dari internet menunjukkan beberapa penipuan emas yang mempunyai logam lain didalam nya.




Menguji emas dengan menggunakan magnet