Pages

Sunday 4 January 2015

KELEBIHAN DINAR SEBAGAI MATAWANG




40 KELEBIHAN DINAR

1. Matawang Syariah
2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadist
3. Digunakan sejak 2500 tahun
4. Dikenali oleh semua orang
5. Sangat bernilai
6. Sedikit tapi bernilai
7. Nilai yang sebenar
8. Nilai yang stabil
9. Mudah dicairkan
10. Lambang kekayaan sebenar
11. Melindungi kekayaan
12. Tidak boleh dimonopoli
13. Menghapuskan riba
14. Menghapuskan kemiskinan


15. Menghapuskan spekulasi
16. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
17. Nilainya bukan hutang
18. Menyelesaikan krisis ekonomi
19. Memberikan keadilan kepada masyarakat
20. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
21. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
22. Harga barang tidak akan naik lagi
23. Kos haji semakin menurun berbanding dinar
24. Mempercepatkan pembahagian harta pusaka
25. Memudahkan pelaksanaan hudud
26. Pembayaran zakat lebih cepat
27. Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
28. Tiada inflasi
29. Tidak berkarat
30. Tidak terbakar
31. Tiada tarikh luput
32. Warnanya tidak akan pudar
33. Tidak boleh dibinasakan
34. Tidak boleh ditiru
35. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
36. Tidak boleh dimanupulasi
37. Tidak perlu jaminan kerajaan
38. Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilainya
39. Matawang 1 dunia pada masa hadapan
40. Boleh digadaikan
- Auraemas



Nota Pendek Ilmu Emas




Kepentingan Emas
- menghapuskan sistem kapitalis
- menghapuskan riba
- mengukuhkan kuasa membeli
- menambah pengaliran wang masuk (cash flow)
Jenis Emas
- 999
- 950
- 916
- Suasa
- Rantai Emas
- Gold Bullion – GCP, PG, LF,
- Berapa gram yang dijual, 20gm, 50gm,100gm.
- Hallmark
Web atau Carta Harga
- Web mana nak tahu kenaikan emas
- PG
- Kitco
- Kelantan Gold TRADE
- Ada caj pengangkutan?
Beza Dinar dan Emas, Dirham dan Perak
Pelaburan Emas
a) Pajak Gadai
- kena faham pasal Pajak Gadai
- Pajak Gadai Konvensional & Pajak Gadai islam
- Pajak Gadai Ar-Rahnu
b) Bank atau koperasi mana nak gadai
- Yapeim
- Agro Bank
- Bank Rakyat
c) Kena faham term-term dalam Pajak Gadai
- Marhun
- Caj Simpan
- Pinjaman
- Masa Pajakan contoh 6+6+6, 6+3





Matlamat Pelaburan Emas
a) Emas Fizikal
- Rantai Emas
- Gold Bar
b) Akaun Emas
- GSPA
- GIA
- KFH
*halal haram kena tahu.. sebab dan musabab nya.
Teknik Pelaburan Emas
1) Pajak dan beli Barang
- EPP sendiri
2) Pajak dan Rempit Emas
- Rempit biasa (selalu nya terduduk)
- Rempit bertaktik (kena kursus)
3) Simpan dan Naik – Jual
-Makan sekali je
4) Cara atasi Inflasi (the best ever investment)
5)Pelaburan Emas Vs ASB
6) Teknik 1 dinar 1 bulan
- Untuk pendapatan rendah dan nak melabur emas
7) Teknik dealer
- Komisen la
8) Pajak dan dapat duit harian atau mingguan
- totally cash flow
9) Pajak bulanan bagi kenaikan emas
- untuk bank tertentu sahaja
10) Taktik tanpa modal
- Teknik Air liur sahaja

Akhir sekali.
Kat mana nak jual balik jika terdesak
- orang lain
- dealer anda
- syarikat emas
- Hargaemas TRADING

Ilmu Emas - www.tokperaihemas.com


Zakat Emas Dan Perak


Zakat Emas Dan Perak
Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.
Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah
mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
Kenapa Di Kenakan Zakat ?Sebagaimana di ketahui umum ,sejak dari dahulu sampai sekarang emas dan perak merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang.Oleh itu,pada pandangan Islam,ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:-
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih,pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu.” 
(Surah at-Taubah : 34 & 35)
Hadith Riwayat Mulim maksudnya:
“Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak tidak menunaikan zakatnya,melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka.Setelah dipanaskan, digosokkan lambung,dahi,dan belakangnya setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya.”

Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas
 :-
1. Islam pemiliknya.
2. Cukup nisab.
3. Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan tahun hijrah.
4. Milik yang sempurna.


Pembahagian Zakat Emas












Nisab Zakat EmasSabda Rasullullah S.A.W. :
“Tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh misqal dan tidak wajib zakat pada perak yang kurang daripada dua ratus dirham.”

Peringatan
Ijmak Ulama’ mengatakan kaum lelaki haram memakai barang kemas sekalipun dalam bentuk yang kecil jika cukup syarat-syarat zakat maka diwajibkan zakatnya.Walaupun perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh lelaki diwajibkan zakat.Begitu juga diwajibkan zakat ke atas perkakasan dan peralatan,perkhidmatan,perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak.
ZAKAT EMAS SIMPANAN
Emas yang disimpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan genap haulnya.Nisab bagi zakat emas ialah 20 misqal atau 85gm atau 25 mayam.Kadar zakat ialah 2.5% atau 1/40.
Contoh Kiraan:
Sekiranya anda memliki emas yang disimpan sebanyak 85gm.Nilai semasa emas ialah RM120.08 (Ogos 2010) bagi satu gram.
Nilai emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80

Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
RM 255.17
ZAKAT EMAS PERHIASAN
Emas yang di pakai adalah dikenakan zakat sekirannya ia melebihi had kebiasaan perhiasan (Uruf).Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85gm.Anda masih wajib membayar zakat walaupun anda memakai kesemua emas perhiasan yang melebihi had kebiasan ini.
Kaedah Kiraanya Ialah:-
Sekiranya anda memiliki dan memakai 170gm atau lebih emas perhiasan anda wajib membayar zakat.
Contoh Kiraan :Memiliki emas perhiasan = 170 gm
Had kebiasan perhiasan (yang dikecualikan zakat) = 85gm
Baki yang dikenakan zakat = 85gm
Harga emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80

Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
RM 255.17





Zakat Perak
Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak
Ijma’ ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.Pengiraan zakat perak berdasarkan nilai barang perak samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak ( di simpan sebagai perhiasan di rumah).


Dalil zakat perakSabda Rasulullah SAW


Maksudnya:
“..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)”. (Riwayat Muslim)



Maksudnya:

“Pada perak (zakatnya) 1/40…”. (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh Kiraan:
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)
Kadar zakat = 2.5%
Harga semasa perak (contoh) = RM 0.62


Zakat yang wajib di bayar= 1,000 gm x 0.62 x 2.5%
RM 15.50


8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi



Ada juga sahabat yang berhajat nak melabur dalam emas, tapi terbeli barang kemas. Nasihat saya, kalau nak beli barang kemas, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi.
Jangan lupa, tak semua barang kemas boleh jadi asset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli. So, untuk pastikan barang kemas tu bernilai tinggi, ikut tip-tip penting ni bila nak beli barang kemas:
Tip #1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.
Perkembangan terkini, ada beberapa Ar-Rahnu tak terima pajakan barang kemas 999. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu nanti boleh dipajak in case terdesak nak pakai duit,belilah barang kemas 916 sahaja.


Tip #2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.
Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dsb. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.
Tip #3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916. Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916! Ms. Denise (trainer Public Gold) dedahkan memang pernah ada kes macam ni.
Tip #4: Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.
Tip #5: Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.


Sebelum saya finalise posting artikel ni, saya terbaca beberapa tip lagi yang dikongsikan oleh Syukor Hasyim (Jutawan Emas) dalam artikelnya terbaru bertajuk “Tip: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas”:

Tip #6: Survey kos upah paling rendah. Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.

Tip #7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM (Persatuan Pekedai Emas). Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my

Tip #8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.
Mudah-mudahan, 8 tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air, insyaAllah.
Wallahu a’lam.


- www.mohdzulkifli.com

60 Fakta & Sejarah Tentang EMAS




1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi.
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.


21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.


38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.

56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

Dinar Emas – Matawang Islam Masa Depan

Spesifikasi Dinar Emas
1 Dinar adalah bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6
1 Dirham adalah bersamaan berat 3 gram perak 999


* Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.
* Dinar dan Dirham merupakan Matawang Islam yang sebenar.
* Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding Wang Kertas (Wang Fiat).Dinar Emas dan juga Dirham Perak mampu menjadi pelindung kepada kekayaan anda.
* Boleh juga digunakan sebagai bayaran Mas Kahwin.
* Penggunaan Dinar Emas membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
* Harga Emas yang akan meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.



Di antara Kegunaan Dinar Emas ialah:

1-Boleh disimpan sebagai pelaburan dan juga simpanan.
2-Boleh digunakan untuk membayar zakat.
3-Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.
4-Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata kepada orang tersayang.
5-Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.(Contoh:Boleh digunakan untuk membeli seekor kambing)
Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah Dinar dan Dirham.” (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)


Hukum Makan dan Minum Dengan Bekas Bersadur Emas




Soalan:
Assalam ustaz..saya ingin membuat pertanyaan, apakah hukumnya menggunakan pinggan mangkuk, gelas minuman yang di salutkan dengan sedikit warna seperti emas tetapi ianya bukanlah emas betul seperti yang terdapat dipasaran sekarang ini. Terima kasih.
Jawapan:
Bekas yang dibuat dari logam selain emas dan perak kemudian disadurkan luarannya dengan warna keemasan (yakni bukan disadur dengan emas, tetapi dengan bahan yang memberi warna keemasan), ia harus digunakan kerana yang diambil perkiraan bukan warna luarannya, tetapi bahan pembuatannya. Oleh kerana bahan pembuatannya bukan dari emas dan perak, maka ia tidak tertakluk dengan larangan Nabi SAW dalam hadisnya walaupun warnanya keemasan seperti emas.
Di dalam hadis, Nabi SAW hanya melarang bekas yang diperbuat dari emas dan perak sahaja (tanpa menyebut bekas dari bahan selain keduanya). Sabda Nabi SAW (bermaksud):
“Jangan kamu minum dalam bekas dari emas dan perak dan jangan kamu makan dalam pinggan dari keduanya kerana sesungguhnya ia untuk mereka (yakni orang-orang kafir) di dunia dan untuk kamu di akhirat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Huzaifah r.a.)
Hadis di atas walaupun hanya menyebutkan larangan bekas emas dan perak untuk makan dan minum, namun dikiaskan kepadanya peralatan-peralatan yang lain yang dibuat darinya untuk kegunaan lainnya kerana jika untuk kegunaan terpenting manusia (iaitu makan dan minum) ia dilarang, maka kegunaan yang kurang penting darinya lebih-lebih lagilah dilarang.


Berkata Imam an-Nawawi; “Telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa diharamkan menggunakan bekas dari emas dan perak sama ada untuk makan, minum, bersuci atau bentuk-bentuk penggunaan yang lain, sama ada bekas itu besar atau kecil, sama ada yang menggunakannya itu lelaki atau perempuan” (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi). Termasuk yang diharamkan ialah jam dan pen dari emas dan perak. (Syeikh Majid al-Hamawi, ta’liq ‘ala Matn al-Ghayah wa at-Taqrib, hlm. 28).
Adapun jika ia disadurkan dengan emas sebenar, hukumnya mengikut mazhab adalah seperti berikut:
Mazhab Hanafi – bekas yang disadur dengan emas dan perak harus digunakan jika kandungan emas itu tidak mungkin dipisahkan lagi dari bekas.
Mazhab Syafiie – harus menggunakan bekas yang disadur dengan emas dan perak jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat dipisahkan lagi dari bekas. Jika kandungan emas itu banyak iaitu dapat dipisah dari bekas yang disadur itu (melalui peleburan atau sebagainya), haram menggunakannya. Menurut mazhab Syafiie juga; jika bekas emas atau perak disadur dengan logam lain, harus digunakan kerana tidak ada lagi kebanggaan emas padanya.
Mazhab Hanbali – bekas yang disadur dengan emas dan perak haram digunakan sama seperti haramnya bekas emas dan perak itu sendiri. Namun jika berubah sifat emas setelah proses saduran iaitu warnanya tidak lagi kelihatan seperti emas, harus digunakan dengan syarat kandungan emas tidak lagi dapat dipisahkan dari bekas yang disadur itu.
Mazhab Maliki – Tidak haram menggunakan bekas yang disadur dengan emas kerana ia mengikut hukum bekas, bukan hukum emas. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (1/119, Aniyah), Mughni al-Muhtaj (1/129, kitab at-Toharah), al-Insaf (1/478, bab Sitr al-’Aurah), As-Syarh al-Kabir Li ad-Dardir (1/63)).


Kesimpulanya, menurut jumhur ulamak; bekas yang disadur dengan emas; jika saduran itu sedikit iaitu tidak dapat dipisahkan lagi dari bekas, tidak haram menggunakan bekas saduran tersebut kerana emasnya telah musnah dalam logam lain, maka dihukumkan seperti tiada.
Namun jika saduran emas itu banyak di mana ia dapat dipisahkan dari bekas(melalui pelebutan atau sebagainya), haram menggunakannya kerana ia masih wujud dan menggunakan bekas itu sama sepert menggunakan bekas emas. (Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, ‘Abdul-Wahhab Tawilah, hlm. 369).
Wallahu a’lam.
: ilmudanulamak.blogspot.com