Pages

Sunday, 4 January 2015

7 Kelebihan Pelaburan Emas vs Tanah


1. Emas mudah dibeli. Asal ada duit extra boleh beli. Untuk tanah, sebelum beli kena check status samada betul milik pemilik, tidak dicagar di bank dan tiada masalah perebutan dikalangan pemilik, lepas tuh kena buat Sales and purchase agreement. Jika harga tanah mahal, kena buat loan, kena ada deposit dan lain-lain. Leceh kan?
2. Emas mudah dibahagikan. Kalau kita ada 100 gram emas, kita mudah jer bahagikan samada tukar kepada 20 gram x 5 bahagian. Tanah kalau nak bahagikan mmg proses nya rumit. Kalau tanah tu kecik lagi susah nak pecah. Last2 sorang dapat bahagian yang terlalu kecil, nak buat rumah pun tak lepas.
3. Emas mudah dicairkan. Boleh jual dimana2 kedai emas atau di Hargaemas . Tanah ambil masa untuk dijual sebagaimana proses diatas perlu diambil oleh pembeli. Kadangkala mengambil masa bertahun-tahun menunggu pembeli dgn harga yang dipersetujui kedua pihak. Jika memerlukan wang segera terpaksa jual dengan harga rendah yang kadangkala merugikan penjual.

4. Emas tidak perlu penyelengaraan. Tanah perlu ada sempadan, perlu bayar cukai tanah setiap tahun. Masalah pencerobohan, masalah banjir, ternakan masuk ke kawasan tanah dan pelbagai masalah lain.
5. Emas kenaikan harga tinggi setiap tahun 20-30%. Kenaikan tanah bergantung kepada lokasi, paling rendah kenaikan 5% sahaja. Lokasi strategik, harga tanah pun mahal. Tidak semua orang mampu membeli tanah di lokasi strategik.
6. Emas boleh digadaikan dengan mudah, asalkan berat dan ketulenan tepat. Tanah juga boleh dicagar, tetapi prosesnya agak panjang dan rumit. Tanah tersebut perlu dinilai oleh jurunilai panel bank, kemudian perlu mohon dari bank dan pemohon mempunyai keupayaan pembayaran balik dengan bukti pendapatan tetap.
7. Emas tiada siapa boleh tahu berapa banyak emas kita miliki. Tanah mudah untuk diketahui pemilikan tanah kita termasuk rekod oleh Jabatan Tanah, rekod pembayaran cukai tanah dan setiap penjualan tanah dikenakan pelbagai cukai oleh kerajaan.
taukeyemassarawak

No comments:

Post a Comment