Pages

Thursday, 1 January 2015

Tip bagaimana jana pendapatan dengan Emas



Jana pendapatan dengan emas – Seringkali kita membaca dan ketahui EMAS adalah salah satu indikator yang digunakan untuk jana pendapatan dengan mudah dan lumayan. Namun begitu adakah kita tahu bagaimana kaedah terbaik untuk buat duit dengan emas.
Kalau setakat dengar sembang di kedai kopi ramai orang-orang menyarankan untuk melabur dalam emas. Kata mereka emas ini memberi pulangan yang baik untuk jangka masa panjang dan tak kurang juga yang ambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti SCAM penipuan pelaburan emas.
Kalau nak melabur emas, emas jenis apakah yang paling sesuai dan terbaik? Disebabkan terlalu banyak pandangan yang kadangkala amat mengelirukan, maka aku kongsikan sikit input secara umum mengenai pelaburan emas yang terbaik untuk bolehkan korang jana pendapatan dengan emas.
Aku harap lepas ini korang lebih jelas untuk melabur @ jana pendapatan dengan emas.



1. Emas fizikal atau bukan fizikal?
Sekiranya korang suka emas fizikal dan takde masalah untuk simpan aku sarankan korang beli syiling emas dengan GOLD bar. Jangan beli barang kemas untuk pelaburan. Kalau rasa susah nak simpan dan takut dirompak! Elok lah buka akaun simpanan GOLD saving. Dah banyak institusi perbankan tawarkan simpanan emas ni. Cuma kena perhalusi isu halal haramnya pula.
Syiling emas dan gold bar pula korang boleh beli dengan Maybank, Kedai emas atau syarikat pelaburan emas seperti Public Gold, GCP dll. Kaedah nak beli pula. Korang perlu perhatikan perbezaan spread harga emas. Cari tempat yang tawarkan spread yang rendah supaya korang boleh maksimakan keuntungan.
2. Takut nak simpan emas fizikal?
Kalau takut korang buka lah akaun simpanan emas dengan BANK. Maybank ada Public bank ada, OUB ada.. hurmm. Dah banyak bank yang tawar akaun simpanan emas ini Cuma macam apa yang aku katakan tadi, korang perlu perhalusi dahulu soal isu halal haramnya. Sebab pelaburan emas yang virtual ini agak rumit untuk dijelaskan.
Bagi aku kalau nak Jana pendapatan dengan emas lebih baik memilih emas fizikal daripada akaun simpanan emas. Sekurang-kurangnya emas itu ada dalam milikan kita. Kalau nak ketahui lebih lanjut mengenai Rahsia emas dan bagaimana nak maksimum kan keuntungan dalam pelaburan emas ada baiknya korang belajar dengan sifu Azizi Ali. Kalau lihat pada profail dia sememangnya beliau adalah orang yang layak untuk berbicara mengenai EMAS. Aku pun pernah cerita pasal perkara ini dalam tip rahsia bagaimana melabur emas cara betul nasihat Azizi Ali
Untuk makluman Azizi Ali ada keluarkan rakaman Audio mengenai Rahsia emas. Kalau korang nak dapatkannya boleh rujuk pada pautan di bawah.

Kalau korang nak tahu, ada rakan circle g+ Azizi Ali hampir muflis sebab terjebak dalam “skim pelaburan emas”. Disebabkan dia makan nasihat Azizi Ali, maka dipermudah urusannya dan dapat keluar daripada masalah hutang emas. Kalau korang nak tahu lagi lanjut elok korang dapatkan rakaman audio Azizi Ali.
sumber – www.ismailahmad.com


No comments:

Post a Comment