Pages

Thursday, 1 January 2015

Pelaburan Emas kini semakin panas


63968_175188385842103_174685805892361_515248_1487934_n

Pelaburan Emas kini semakin panas. Berbagai skim kini muncul dan sudah banyak yang “tersontot”. Saya tak pasti siapa yang memulakan istilah sontot ini, namun ia kini mula digunakan secara meluas untuk mengambar mereka yang telah membuat pelaburan emas sebelum ini sudah kena tipu.
Tiada Manipulasi Emas sebenarnya…Yang dimanipulasi sebenarnya ialah wang pelabur dan ditambah dengan item ribawi iaitu emas sebagai penarik minat bakal mangsa. Emas yang berfungsi sebagai logam berharga dijadi satu alat manipulasi untuk menari minat mangsa.
Pada awalnya mereka membayar, yang kononnya sebagai dividen. Apabila sudah tepi, mereka akan menyepi, jadi munculkan istilah sontot ini.. Mereka juga mengunakan hadis tentang Rasullullah SAW yang menyarankan agar umat Islam menyimpan emas. Ya. Itu betul, menyimpan emas. Jadi jika anda membeli emas, pastikan anda mendapat emas berkenaan secara terus dan tidak bertangguh.
Jika mendapat pulangan wang ringgit yang tetap dalam tempoh tertentu. Ia adalah satu transaksi riba. Ia bermakna anda mungkin terlibat dalam satu transaksi yang Allah benarkan untuk diperangi dan dibunuh.

Bagaimana Hukum Pembelian Emas Secara Berdiskaun atau ETA
Apakah hukum pembelian emas secara tempahan berdiskaun. Saya membeli emas 10gram, goldbar 999. Harganya RM1700. Setiap bulan saya mendapat diskaun sebanyak RM14 untuk setiap 1gram. Paling awal saya boleh mengambil emas ialah selepas tiga bulan dan paling lewat ialah selepas 36 bulan.



PENJELASAN:
Pemberian diskaun dalam penjualan emas adalah dibenarkan sekiranya pembelian emas dibayar dengan matawang selain daripada emas, seperti pembelian emas menggunakan perak, atau pembelian emas menggunakan mata wang kertas (spt. RM, USD). Manakala dalam pembelian/pertukaran emas dengan emas, diskaun pada harga adalah tidak dibenarkan kerana antara syarat khas jual beli emas dengan emas ialah tam?thul (persamaan) pada kadarnya.
Dalam skim yang disebut dalam soalan di atas, tidak ada isu syariah berkaitan dengan pemberian diskaun kerana emas dibeli dengan menggunakan duit kertas iaitu Ringgit Malaysia. Tetapi wujud isu kelewatan dalam penyerahan emas, kerana emas tidak diserahkan serta-merta selepas pembelian sebaliknya diserahkan seawal-awalnya selepas tiga bulan. Ini tidak menepati salah satu syarat asasi dalam jual beli iaitu taq?budh yang menghendaki penyerahan emas dan pembayaran harga dilakukan dalam satu majlis iaitu ketika akad jual beli dijalankan. Dalam Parameter Pelaburan Emas, syarat tersebut disebut sebagaimana berikut: Parameter No. 11: Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.
Justeru, akad jual beli emas sebagaimana skim yang disebutkan dalam soalan adalah tidak sah kerana tidak menepati syarat jual beli emas, dan tidak menepati Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. – parameter-pelaburan-emas

Artikel diatas saya salin daripada Facebook JAKIM.
Daripada komen yang di page berkenaan, ada yang mempertikaikan Hukum-Hukum ini dengan membandingkannya dengan cabutan bertuah di tv, ASB, Cadbury, Pusat Judi Nombor Ekor dan sebagainya.
Saya pasti mereka ini adalah golongan yang telah “tersontot” dalam pelaburan emas. Emosinya jelas terganggu apabila pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan sedemikian. Penentuan HUKUM sebegini bukan dibuat oleh individu sebaliknya satu persidangan oleh pakar-pakar agama dan ekonomi yang akan membincangkan secara sangat mendalam. Hasilnya ialah pengumuman Hukum berkenaan di laman web JAKIM.
Bagi yang menyimpan emas, jangan lupa tentang zakat Emas ya.
sumber artikel – www.shamsuriyadi.com


No comments:

Post a Comment