Pages

Friday, 2 January 2015

Buat Pinjaman Beli Emas, Adakah Berbaloi?



Kalau google di internet, kita boleh jumpa banyak artikel yang ditulis oleh blogger emas yang mengesyorkan buat pinjaman untuk beli emas. Artikel-artikel tu semua ditulis pada tahun 2012 atau sebelumnya. Waktu tu, kalau beli emas hari ni, pendek kata 6 bulan lagi confirm untung (kalau jual).

Bahkan kalau ikut projection yang mereka buat, lepas 3 atau 4 tahun, kita boleh jual sebahagian emas untuk buat full-settlement loan dan masih berbaki kepingan emas. Seolah-olah boleh dapat emas tu percuma!
Saranan begitu bagi saya memang relevan pada waktu tu sebab kalau tengok pada track record 10 tahun, belum ada tahun harga emas negatif (turun) untuk tempoh lebih 12 bulan. Secara puratanya, harga emas naik sekitar 15% – 20%. Bahkan ada tahun naik hingga 35% setahun! Jadi dengan andaian harga emas naik 20% setahun, memang logik strategi buat loan untuk beli emas. Tapi bila harga emas jatuh 27% tahun 2013, bagi saya kita kena kenalpasti bila waktu yang ‘agak selamat’ untuk beli emas dengan duit pinjaman.



Guna Duit Simpanan Lebih Baik


Secara asasnya, beli emas ni lebih baik pakai duit simpanan tunai jer. Tak perlu buat pinjaman. Sebab emas ni salah satu bentuk simpanan jangka sederhana dan jangka panjang. Daripada duit tu terbiar terlalu banyak dalam bentuk “duit kertas”, lebih baik simpan dalam bentuk yang lebih selamat nilainya iaitu emas.
Yang kedua, kalau nak buat pinjaman bagi tujuan pelaburan, sebenarnya labur dalam hartanah lebih baik.Effective rate untuk pinjaman perumahan sebenarnya lebih murah berbanding personal loan. Dan apa yang lebih baik, bank suka bagi pinjaman yang lebih besar kalau kita nak beli hartanah sebab itu aset yang selamat bagi bank. Tapi kalau nak beli emas, kita kena pakai duit “personal loan”.
Jadi, kalau nak beli emas, pakai duit simpanan sendiri jer lebih baik. Cuma dalam beberapa situasi, saya boleh setuju buat pinjaman untuk beli emas, antaranya:


#1 – Nak Paksa Diri Menyimpan


Ramai juga orang yang jenis susah menyimpan. Kalau menyimpan pun, duit tu tak bertahan lama. Simpan, simpan, simpan, lepas tu sekejap jer habis dibelanjakan. Jadi duit simpanan tu tak bertambah-tambah. Kerja dah bertahun-tahun, duit simpanan kecemasan pun masih tak cukup.
Jadi dengan buat pinjaman, dia terpaksa ‘menyimpan’. Duit ansuran bank tu dia terpaksa bayar. Kalau tak bayar, nanti bank ‘cari’. Walaupun kita ada hutang dengan bank, dalam masa yang sama kita ada emas. Dan emas tu sendiri bagi saya ialah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak di ar-rahnu. Boleh dapat duit on the spot.

#2 – Nak Jana Pendapatan Sebagai Dealer


Ada orang yang memang minat dengan emas. Bila minat, dia suka bercerita dan promote kepada orang lain supaya simpan emas (walaupun tak dibayar). Tapi bila ada orang nak beli emas, dia tak dapat bantu sebab dia bukan dealer.
Cara paling senang jana pendapatan dengan emas ialah jadi dealer sebab dealer melangkah sebelah kaki sebagai peniaga, bukan sekadar pelabur. Peniaga boleh jana keuntungan dalam apa juga keadaan harga emas tapi syaratnya kena ada ilmu. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30,000 dalam satu resit. Komisyen sebagai dealer tu nanti insyaAllah boleh cover ansuran bank.
Kalaupun tak berjaya jana pendapatan yang berbaloi sebagai dealer sekalipun, duit tu sebenarnya tak lebur sebab kita boleh jual balik emas tu untuk bayar balik pinjaman, insyaAllah.




Beli Harga Di Paras ‘Selamat’


Antara point lain yang perlu juga dipertimbangkan kalau nak beli emas dengan duit pinjaman ialah beli bila harga emas diparas rendah supaya kurang sikit kerisauannya. Kalau beli emas dengan duit simpanan sendiri, kita tak perlu risau sebab kita tak ada apa-apa komitmen dengan duit tu. Itu duit simpanan yang memang kita tak pakai. Tapi kalau nak beli emas dengan duit pinjaman, mungkin kita akan sedikit risau kalau harga emas turun. Jadi untuk kurangkan kerisauan, belilah masa harga emas di paras rendah. Persoalannya, berapa rendah?
Kalau berdasarkan analisis harga emas pada waktu sekarang, harga diparas paling selamat sekitar USD1,000 – USD1,200 (per oz) sebab itu harga emas keluar dari lombong seluruh dunia. Pendek kata kalau harga emas turun bawah USD1,200, sebahagian lombong emas terpaksa tutup. Kalau turun bawah USD1,000, habis lombong seluruh dunia kena tutup dan harga emas terpaksa naik sebab “short supply”. Jadi siapa beli emas sekitar harga USD1,200, insyaAllah kebarangkalian harga emas turun tu tak banyak berbanding potensi naik.

Risiko Harga Emas Jatuh


Tapi adakah jangan beli emas selagi harga tak cecah USD1,200? Pastinya tidak. Kalau nak dikirakan risiko, simpan duit kertas tu risikonya lebih besar berbanding simpan emas. Sejarah Malaysia, duit kertas (Duit Pisang) pernah hilang nilainya 100%. Duit Ringgit Malaysia pernah jatuh 50% hanya dalam tempoh 1 tahun (1997 – 1998)! Tapi tak pernah berlaku dalam sejarah manusia, nilai emas hilang 100%. Bahkan tak pernah dalam sejarah harga emas jatuh 50% setahun.
Kalau nak dikira dari sudut simpanan dalam erti kata sebenar, simpan emas jauh lebih lebih selamat. Simpan duit kertas jauh lebih berisiko berbanding simpan emas. Cuma kita kena psyco dengan nombor jer. Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, secara relatifnya kuasa beli emas bertahan zaman berzaman. Bukan macam duit kertas, nilai emas ampuh dari sebarang ketidaktentuan ekonomi ataupun politik.
Jadi kesimpulanya, adakah berbaloi beli emas dengan duit pinjaman? Saya tak boleh bagi jawapan “Ya” atau “Tidak”. Ikut kepada kedudukan dan matlamat kewangan masing-masing. Saya secara peribadi cuma beli emas dengan duit simpanan sahaja.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
sumber – www.mohdzulkifli.com



No comments:

Post a Comment