Pages

Friday, 2 January 2015

Adakah matawang kertas sama nilai dengan emas?

Soalan
Saya nak Tanya berkaitan Bukti menyatakan matawang adalah sama nilai dengan emas?
Bagaimana jika matawang bkn sama nilai emas..adakah boleh buat urusniaga tersebut?
Jawapan
Soalan perlu diperbetulkan. Persoalan sepatutnya berbunyi “Apakah bukti matawang kertas sama dianggap matawang seperti dengan emas? Emas adalah matawang pada asalnya. Memang tak boleh samakan emas dengan kertas, epal dengan pisang, atau buah limau dengan kurma. Emas tidak sama nilanya dengan wang kertas. Wang kertas berlainan negara juga tidak sama nilai. Perak yang digunakan sebagai matawang dan dipanggil dirham juga tidak sama nilainya dengan emas. Jawapan kepada soalan adakah wang kertas sama nilai dengan emas ialah kedua duanya berbeza nilai, tetapi kedua duanya adalah matawang (al-thaman), samalah dengan perbezaan 1 kilo emas dan 1 kilo perak, kedua duanya adalah al-thaman, walaupun nilai berbeza.


Persoalannya ialah adakah matawang kertas dianggap sebagai matawang seperti emas. Jawapannya, ya, ia adalah matawang/althaman, sebab peranan matawang sebagaimana yang disebut oleh Imam Ghazali ialah, penkur nilai, alat tukar (medium of exchange) dan simpanan kepada kekayaan. Buktinya, bagaimana kita mengukur nilai bil elektrik, harga barang, nasi lemak dan lain lain? Ia diukur dalam Ringgit. Duit kertas digunakan untuk membayar hutang, memenuhi pelabagai kerpeluan dan hajat manusia pada hari ini kerana ia adalah alat tukar/medium of exchange. Orang ramai menyimpan duit kertas di rumah, di bank bank, kerana ia adalah simpanan kepada kekayaan.
Persoalan kedua, kalau matawang, tidak sama dengan emas, adakah boleh berurusniaga? Jawapan, ya, emas tidak sama nilai dengan perak, duit US tak sama nilai dengan RM, tidak adalah halangan untuk tukar menukar RM dengan USD, beli emas dengan perak atau emas dengan RM asalkan pertukaran dilakukan secara lani, tangan ke tangan dalam majlis aqad.
Wallahua’lam


Di bawah ini adalah keratan soalan saya kepada Syeikh Prof Dr Mustafa Bugha, pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji, berkenaan adakah duit kertas dianggap ribawi seperti emas, perlukah kepada sandaran emas dan bolehkan dibeli emas secara bertangguh:

wpid-screenshot_2014-11-14-20-13-28.png
wpid-screenshot_2014-11-14-20-07-59.png

No comments:

Post a Comment