Pages

Thursday, 1 January 2015

Bagaimana Melakukan Skim Buat Duit Dengan Emas




Modal: Sekilo emas dan sebuah kecekalan hati dan minda.
Tambahan: “Fatwa” ulama anti perbankan Islam dan anti wang fiat yang mengatakan wang kertas bukan item ribawi, jadi boleh bertangguh.
CARA-CARA;
Saya mulakan “Skim Emas Afyan” ini dgn menjual sekilo emas dengan harga RM100,000.
Murah dari harga pasaran bukan? Tentu anda akan beli, sebab lebih murah dari harga pasaran.
Kemudian, saya tawarkan utk beli balik dengan harga RM200,000 secara ansuran selama 10 bulan. Saya berjanji akan buat bayaran sebanyak RM20,000 setiap bulan selama 10 bulan.
RM20,000 x 10 bulan = RM200,000.
Ada perjanjian. Trusted
Jual murah rendah dari harga pasaran, kemudian beli balik dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran.
Menarik bukan? Rugi kalau anda lepaskan peluang ini
Ada 2 urusniaga berasingan di sini;
Jual dengan harga RM100,000. Selepas emas dan wang bertukar milik dari saya dgn pemilik baru (En A), maka saya tawarkan pembelian balik dengan harga RM200,000 secara ansuran selama 10 bulan.
En A bersetuju dan emas tadi bertukar milik menjadi milik saya kembali dan saya akan bayar mulai bulan hadapan secara ansuran bulanan RM20,000 selama 10 bulan.
Maka saya sekarang ada sekilo emas dan memiliki wanng RM100,000 hasil 2 urusniaga tadi daripada pelanggan pertama.



(PERHATIAN: Pembaca, apabila sampai di tahap ini, baca beberapa kali cerita di atas supaya memahami bagaimana saya sekarang memiliki sekilo emas dan RM100,000. Selepas faham, baru baca sambungannya di bawah)
Keesokannya, saya cari pembeli baru En B pula.
Perkara sama berlaku sebagaimana urusniaga dengan En A pada hari semalam.
Sekarang saya memiliki produk serta wang RM200,000, datang daripada urusniaga semalam dan hari ini.
Hari kedua, dua pelanggan.
(PERHATIAN KE-2: Pembaca, apabila sampai di tahap ini, baca beberapa kali cerita di atas supaya memahami bagaimana saya sekarang memiliki sekilo emas dan RM200,000)
Hari ketiga, saya mendapat pembeli baru En C dan berlaku urusniaga yang sama.
Kini saya memiliki 1 produk yang sama dan wang berjumlah RM300,000.
(PERHATIAN ke-3: Pembaca, apabila sampai di tahap ini, baca beberapa kali cerita di atas supaya memahami bagaimana saya sekarang memiliki sekilo emas dan RM300,000).
Kemudian saya berterus-terusan melakukan urusniaga ini setiap hari seorang pembeli yang bersetuju.
Di hujung bulan, saya memiliki produk tersebut dalam masa sama memiliki wang berjumlah RM3,000,000!!!
30 orang / hari X RM100,000 = RM3,000,000!!!!
Bermula bulan kedua, setiap hari saya akan membayar balik secara ansuran RM20,00 bermula dengan En A, En B, En B dan seterusnya.
Dalam masa sama setiap hari juga saya akan cari pelanggan baru En AA, En BB, En CC dan seterusnya.
Tidak susah pun mencari pelanggan baru kerana saya sudah ada pelanggan yg “trusted” skim emas saya iaitu pelanggan dari bulan pertama (En A, En B, En C dll) yang sudah dapat RM20,000 tadi.
Mereka akan bercerita peluang bisnes ini kpd adik beradik, sahabat handai, saudara mara, rakan taulan, sepupu sepapat dll tentang bagusnya “Skim Emas Afyan” ini.
Modal RM100,000 dan ROI 100% dalam masa 10 bulan sahaja.
FAHAMKAN JALAN-JALAN CERITA DI ATAS TERLEBIH DAHULU SEBELUM TERUS MEMBACA.
Bayangkan selepas 10 bulan ia berjalan, saya tanpa gagal membayar RM20,000 kepada semua pelanggan dan pelanggan bulan pertama semuanya sudah mendapat untung 100% dari modal RM100,000 tadi.
Pastinya, tatkala ini jika ada pihak yang menuduh “Skim Emas Afyan” ini adalah skim cepat kaya, maka En A, En B, En C dll akan mengatakan bahawa semua tuduhan ini adalah fitnah, dengki orang Melayi kaya, macai BANK, dll.
Sudah faham?
Skim ini akan berjalan lancar selagi tidak diganggu-gugat oleh BANK Negara Malaysia.
Boleh ulang step di atas sehingga tersontot.
sumber – rahsiatakaful.com/v1/bagaimana-melakukan-skim-buat-duit-dengan-emas.html



No comments:

Post a Comment