Pages

Friday, 2 January 2015

Susutnya Nilai Tunai Setiap Tahun Berbanding Emas


Saya pasti anda semua sedar bahawa jika kita bandingkan tempoh 10 tahun yang lepas dan masa kini sangat berbeza dari segi kemampuan membeli. Dahulu, dengan RM200 troli pasaraya itu akan penuh setiap kali kita pergi berbelanja pada hujung bulan. Kini, RM200 tidak lagi dapat kita belanjakan untuk mendapat barang yang sama banyak. Mengapa?
Pelbagai fakta kita cuba kaitkan seperti, kos buruh meningkat, kos bahan mentah meningkat, kos pembuatan meningkat dan sebagainya. Sebenarnya, perkataan yang paling tepat untuk menjelaskan semua ini adalah INFLASI.
Inflasi menyebabkan kuasa beli kita terhadap tunai yang kita miliki berkurangan dari masa ke semasa. Inflasi menyebabkan kita terpaksa menambah tunai kita lebih banyak lagi untuk sesuatu barang yang sama tahun demi tahun.
Jadi, sekiranya anda menyimpan wang di dalam bank selama 1 tahun dan mendapat pulangan katakan 8% setahun, jangan terlalu gembira. Ini kerana itu merupakan pendapatan kasar anda. Dapatkan laporan kadar inflasi negara dahulu untuk tahun tersebut, barulah anda tolakkan dengan apa yang anda terima.

Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan menyimpan emas. Emas bersifat pengekal nilai dan tidak akan mengurangkan kuasa beli anda berdasarkan apa yang anda simpan. Saya berharap posting ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang sifat emas yang mengekalkan nilai & juga memberi kefahaman bahawa simpanan tunai perlu mendapat pulangan yang tinggi kerana anda belum menolak nilai susutnya kuasa beli yang berlaku.
serambiemas.com/berita/susutnya-nilai-tunai-setiap-tahun-berbanding-emas/


No comments:

Post a Comment